Monday, 15 August 2011

Bahaya Air Mineral

Assalamualaikum

Sekarang, pelbagai perkara baru yang telah berlaku pada zaman ini. Air mineral pun sudah menjadi isu kepada umat Islam. Saya telah lama mengetahui cerita ini tetapi saya tidak pasti akan kesahihannya. Saya tahu cerita ini melalui pemberian sms. Kisahnya tentang air mineral. Dengar berita, ada perkembangan puak-puak kristian yang menyebarkan dakyah mereka secara jijik sekali dengan memberi umat Islam air mineral untuk diminumnya. Dakyah ini semakin berleluasa di Malaysia terutamanya di Selangor dan di Negeri Sembilan. Hal ini juga telah aktif ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Didapati seramai 1900 paderi Melayu yang baru tiba dari Singapura telah berada di Malaysia. Untuk makluman anda, air mineral yang ingin diberinya kepada umat Islam adalah diperbuat daripada janin bayi yang telah gugur dan diproses untuk menjadi air haram/laknat. Tambahan pula, kesannya adalah akan menyebab lidah kita menjadi keras dan kelu untuk menyebut kalimah Allah SWT atau mengucapkah kalimah syahadah. Astaghfirullahal a'zim... Diminta perkara ini dijauhkan daripada kita semua sebagai umat Islam. Amin..

Untuk mengenali air mineral tersebut, di bawah adalah antara label yang terdapat pada air mineral tersebut :

1 Al-Baramkah
2 Al-Mansori
3 Al-Bistaria
4 Al-Mansur
5 Al-Mubarakh
6 Al-Barakah
7 Al-Bestari

Semoga, berhati-hati dengan propaganda luar. Kita sebagai umat Islam, janganlah mudah terpedaya dengan perkara negatif. Jadilah umat Islam yang sentiasa bersemangat untuk berjihad ke jalan-Nya. Moga kita semua diberkati dan dirahmati-Nya.. Amin..

Wednesday, 6 July 2011

Perbalahan Antara Islam

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian yang berlaku. Hari ini, saya mahu memperkatakan mengenai hubungan umat Islam. Mengapakah sejak kebelakangan ini, banyak kejadian perbalahan dan persengketaan yang melibatkan umat Islam? Tidakkah mereka terfikir akan risikonya nanti?

Pelbagai sebab mengapa umat Islam bergaduh sesama sendiri. Sebab yang paling utama adalah mereka bergaduh kerana hendak merebut kuasa dan harta dunia. Kebanyakkannya ada kaitan dengan dua perkara ini. Mereka, sesama umat Islam sanggup membuat sesuatu perkara yang tidak disangka-sangkakan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka. Contohnya, Syarikat A berasa iri hati dengan kejayaan Syarikat B yang lebih banyak mendapat perhatian dunia. Lalu, orang atasan Syarikat A yang beragama Islam membuat perkara yang melanggar hukum syariah seperti mengupah seseorang untuk membunuh ataupun yang lebih tepat menggunakan khidmat bomoh supaya Syarikat B tadi jatuh maruahnya. Inilah kejadian yang selalu melanda umat Islam. Hasad dengki dan iri hati tidak pernah terasing daripada diri. Sifat ini memang sudah sebati dalam diri mereka yang masih tidak sedarkan diri.

Perbalahan boleh diselesaikan dengan cara baik. Janganlah kita menggunakan kekerasan. Kita sebagai umat Islam sepatutnya menggunakan akal yang waras untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dalam keadaan apa jua sekalipun, kita perlu berfikir panjang. Fikirlah, apa yang akan dihadapi selepas ini dan fikirkan adakah itu jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah. Syaitan akan sentiasa mengganggu keturunan Nabi Adam. Kita perlulah kawal nafsu kita dan janganlah tergoda dengan bisikan syaitan. Janganlah lupa untuk menunaikan solat wajib dan melakukan amal kebajikan. Jikalau umat Islam pandai menjaga perilaku dan akhlak, perbalahan atau apa jua yang negatif tidak akan berlaku. Ini kerana, apabila kita sentiasa cuba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, kita pasti akan rasa dilindungi. Allah takkan membiarkan orang beriman pergi ke jalan yang sesat. Allah akan sentiasa melindungi mereka daripada melakukan perkara negatif.

Sedarlah, tiada apa yang akan kita dapat daripada perbalahan sesama umat Islam. Bagi mereka yang jauh daripada Allah, pasti mereka akan mendapat kepuasan kerana telah menyakita umat Islam yang lain. Eloklah sesuatu perkara itu dibawa berbincang dan lakukanlah dengan tenang. Contohi sifat Rasulullah SAW yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Ambillah iktibar daripada kisah-kisah dahulu. Janganlah apabila kita sudah ditimpa masalah, barulah hendak insaf.

Tambahlah positif, tolaklah negatif. Setiap kebaikan datangnya daripada Allah SWT dan setiap kekurangan itu datangnya daripada saya.

Sekian, Assalamualaikum..

Wednesday, 1 June 2011

Malas vs Rajin

Assalamualaikum ...


Hari ini saya akan berkongsi beberapa tips dengan anda mengenai bagaimana hendak mengelakkan sikap pemalas ini. Memang kamu semua anggap biasa, tips yang sudah biasa didengari tetapi sangat senangkah anda hendak melakukannya.


Antara tips2 nye adalah seperti berikut:


1. Jikalau anda ingin bersolat dan berniat untuk bersolat, pada waktu itu jugalah anda perlu melakukannya. Anda tidak boleh melewatkan niat anda. Sebabnya ialah, apabila terlewat sikit, anda sudah liat untuk melakukannya. Contohnya. Azan Maghrib sudah masuk. Ida sengaja melambatkan waktu solatnya dan dia terus berbaring. Tiba-tiba, tergerak hatinya untuk menunaikan solat Maghrib, maka terniatlah untuk melakukan solat Maghrib. Waktu anda terniat itu, anda perlu cepat-cepat bangun daripada pembaringan dan terus ambil wuduk. Jikalau anda lambat hendak bangun, serta-merta, niat kita tadi makin lama makin hilang. Semangat akan datang apabila kita terniat, tetapi apabila sudah terbiar lama niat itu, semangat untuk melakukan solat makin pudar.


2. Mengingati pesanan yang penting, pesanan yang membawa kebaikan. Mengingati pesanan itu apabila kita sedang duduk atau memikirkan sesuatu. Contohnya, Aida seorang yang cukup pemalas untuk melakukan kerja rumah. Suatu hari, ibunya menyuruhnya untuk menyapu rumah. AIda liat untuk membuatnya. Selepas dia duduk seketika, dia teringatkan suratkhabar yang dia baca semalam yang menyatakan bahawa menyapu rumah sambil berzikir akan menjadi ahli syurga. Jadi, pesanan itu telah mendorong Aida melakukan kerja rumah. Sesuatu pesanan itu akan memberi semangat kepada seseorang untuk terus melakukan sesuatu kerja. 


3. Kenapa apabila cikgu menyuruh kita membuatkan kerja sekolah , kita berasa rajin hendak buatnya? Kenapa apabila ibu bapa kita menyuruh kita membuat kerja rumah (bersihkan rumah dan sebagainya), kita sengaja melambatkannya sehinggakan kena marah? Jikalau kena marah pun, macam tiada iktibar untuk dirinya. Jikalau cikgu marah pula, kita berazam tidak mahu buat lagi. Ini kerana, jikalau ibu bapa kita suruh membuat sesuatu, kita seperti tidak takut akan arahan ibu bapa kita itu kerana kita merasakan kita sudah kenal banyak dengan ibu bapa kita. Jikalau guru pula, kita sangat bersungguh-sungguh mematuhi arahannya. Kita kena seimbangkan, kita kena jadi rajin apabila berhadapan kedua-dua orang penting di atas. Janganlah perintah cikgu beria-ria kita turuti, perintah ibu bapa, kita buat tidak tahu sahaja. 


Berikutan no 3 di atas, samalah seperti situasi yang berlaku sekarang. Anak-anak lebih mementingkan orang luar daripada ibu bapa@keluarga sendiri. Anak-anak lebih suka berlembut dengan orang luar berbanding keluarga kita sendiri. Ini kerana, anak-anak bagaikan sudah bosan mengenali keluarga sendiri, jadi mereka hendak teroka dan mengenali pula bagaimana jenis orang luar. Contohnya, apabila berhadapan dengan ibu bapa, cakap dengan kasar dan suara meninggi. Apabila berhadapan dengan kekasih, walau dalam keadaan perasaan mana sekalipun tetap akan bercakap lembut. Apa tidaknya, perasaan tengah bengang dan dia melepaskannya kepada keluarganya pula, dan apabila dengan kekasihnya, suaranya agak lunak sekali. Semua masalah, semuanya hendak dikongsikan dengan kekasih yang dianggap boleh dipercayai. Percayalah, keluarga terutamanya ibu bapa lebih banyak mempunyai kata-kata untuk anda. Anda akan bersyukur nanti kerana mempuyai ibu bapa seperti itu. 


Memang remaja sekarang menganggap kata-kata ibu bapa seperti tidak memahami masalah mereka. Tetapi, apabila sudah lama-lama, pasti remaja akan bersyukur mempunyai ibu bapa begitu. Jikalau anda meminta pendapat kekasih, sang kekasih hanya beri jawapan yang terus kepada penyelesaian masalah sahaja. Tetapi, jikalau ibu bapa, mereka bijak berfikir, jadi mereka hanya memberi kata-kata yang akan membuatkan anak-anak akan lebih fikir mendalam mengenainya. Ibu bapa mahu anak-anaknya berfikir sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Apabila anda mendapat jawapannya, anda akan berterima kasih kepada ibu bapa anda. Ibu bapalah yang banyak pengalaman dalam hidup, jadi mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa jugalah yang akan membuatkan anda lebih berfikiran matang. Sekian.

Sunday, 29 May 2011

Materialistik

Assalamualaikum...


Pelbagai saat yang telah kita lalui bersama-sama orang yang tersayang. Saya mahu memberi pendapat tentang zaman sekarang. Kenapa bangsa kita mudah sangat menganiayai, teraniaya dan dianiaya? Kenapa boleh berlaku sebegini? Lihatlah, ramai sudah menjadi mangsa penipuan dan ramai yang sudah terpedaya. Adakah rakyat kita sudah tidak mementingkan lagi sikap mengambil berat, prihatin dan bertanggungjawab? Apa tidaknya, apabila sesetengah orang itu menghadapi masalah, orang itu akan dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat jawapan penyelesaian yang betul. Apabila sudah dikhabarkan melalui media, barulah hendak bertindak, setelah itu merungut. 


Saya mahu memberi pendapat. Adakah rakyat Malaysia materialistik? Adakah rakyat Malaysia lebih menitikberatkan keuntungan daripada kebajikan orang lain? Apa tidaknya, ada sesetengah golongan membuat kerja atau membantu orang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan, bukan untuk menyelamatkan orang. Tambahan pula, rakyat sanggup menggadaikan khazanah bumi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, tempat yang dibanjiri dengan pelbagai jenis pokok akhirnya ditebang semata-mata untuk membina bangunan kerana bagi mereka tempat itu komersial. Selepas terbinanya bangunan itu, sudahnya tiada siapa yang mahu menduduki bangunan itu kerana sudah terlampau banyak bangunan. Soalnya, tidakkah terasa rugi kerana membazirkan khazanah sendiri yang patut menjadi tontonan orang ramai.


Contohnya, penjara Puduraya. Saya paling menentang sekeras-kerasnya pihak berkuasa yang ingin meruntuhkan bangunan tersebut. Mereka meruntuhkannya untuk memberi laluan kepada pembinaan yang lebih komersial lagi. Penjara Puduraya itu sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Tetapi, dimusnahkan. Saya merasa amat rugi kerana, saya pernah terfikir, jikalau bangunan itu terus utuh berdiri tegak, pasti negara luar akan memandang tinggi kepada kita. Mesti mereka akan katakan, "walaupun ia sesuatu yang pelik, tetapi, ia tetap mengagumkan, rakyat Malaysia memang rakyat yang kreatif,". Kasihan penjara itu. Diruntuhkan semata-mata untuk tujuan komersial. Saya tidak kisah pun. 

Wednesday, 25 May 2011

Semangatlah semuanya!!

Assalamualaikum...


Sekarang, pelbagai hal telah berlaku. Yang terbaru, pembunuhan Osama Laden telah membuatkan si Amerika bersorak gembira kerana militan dan pengganas dunia yang dikehendaki itu telah pun dibunuh. Ekoran daripada ini, janganlah umat Islam cepat berputus asa dengan mengatakan bahawa umat Islam sudah tiada harapan lagi. Jangan sesekali kata begitu. Jika kita bersama-sama bangkit menentang mereka, pasti umat Islam akan berjaya dan bayangkan akan adanya sesetengah dunia mengkagumi semangat umat Islam. Maka pasti itu, pasti rama yang akan mengikut jejak Islam. Jadi, bangkitlah semua untuk menentang perkara yang boleh menyesatkan kita. Jikalau kita semakin bersemangat dalam berjihad, pasti Allah akan membantu kita. Jikalau kita dilanda kesusahan, itu hanyalah cabaran untuk kita, Wahai umat Islam, bukan dunia yang penting untuk kita sebagai umat Islam. Kita hanya perlu memikirkan tentang alam akhirat. Saya maksudkan seimbangkan perkara antara duniawi dengan akhirawi. Janganlah kita asyik terleka dengan duniawi, kelak kita akan tersesat ke lorong yang gelap. 


Wahai umat Islam, janganlah kamu cepat berputus asa apabila menerima tentangan daripada orang ramai. Anggaplah itu sebagai cabaran hidup. Ingatlah bagaimana Rasulullah SAW boleh bersabar dengan kerenah kaumnya yang tidak mahu mengikut petunjuknya. Kita perlu bersabar dan tabah. Memang kita semua tidak sekuat seperti Rasulullah SAW and Nabi yang Ulul Azmi yang lain, tetapi kita bangkitkan semangat kita sendiri. Janganlah asyik merungut dengan apa yang kita terima. Kita perlu bertawakal kepada-Nya. Wahai para remaja, baliklah ke tempat asalmu. Pulanglah ke pangkal jalan. Jikalau kamu mahu Allah mengubahkan kamu sendiri, sesungguhnya, Allah tak akan mengubah seseorang itu apabila seseorang itu mengubah dirinya sendiri dahulu. 


Wahai para remaja, mengapakah kamu semua tidak mahu pulang ke pangkal jalan? Apakah yang membuatkan kamu keliru tentang Islam? Berusahalah untuk mempelajarinya dan cubalah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat, kelak kamu akan lebih selamat di akhirat. Janganlah kamu mengikut cara kawan kamu yang suka menafikan kebenaran ilmu terutamanya Al-Quran. Sedarlah, kamu bukan kawan kamu. Kamu hanyalah diri kamu sendiri. Kemahiran bukannya datang daripada kawan kamu, tetapi kamu sendiri. Kamu yang perlu tentukan hidup kamu sendiri. Bukan kawan kamu. Saya berkata tentang kawan kerana banyak kejadian berlaku disebabkan pengaruh kawan. 


Tahukah kamu, tidakkah dapat kamu bayangkan, semasa di Padang Mahsyar nanti, matahari sejengkal di atas kepala kamu. Berjuta-juta orang akan disoalkan Allah SWT. Ramai orang yang menunggu akan berasa terseksa. Mana tidaknya, Allah menyoal daripada orang yang mula-mula hidup dahulu. Bagi orang-orang yang beriman, mereka akan berasa tenang walaupun matahari sejengkal daripada kepala. Manakala, bagi mereka yang mengingkari perintah Allah semasa kehidupan di dunianya, mereka akan merasa tidak selesa dan merasa sangat panas.


Oleh itu, pulanglah ke pangkal  jalan. Bangkitlah wahai Umat Islam menentang mereka yang menafikan kebenaran. 

Saturday, 21 May 2011

Terkena pada diri sendiri

Assalamualaikum


Pada hari ini, saya telah memberi majalah Asuh. Saya mengaku saya tidak membacanya sangat tetapi saya hanya baca mana-mana yang berkenaan sahaja. Saya selak-selak sahaja, saya terjumpa hadis ini yang berbunyi :


" Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali)  melalui (jalan yang sesat) , seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus: 12)


Sedikit sebanyak, hadis ini terkena pada saya. Apa tidaknya, saya mengaku, saya pernah berdoa kepada-Nya untuk mendapatkan pertolongan, lepas itu, bila saya sudah merasa pertolongan-Nya, saya terus terleka. Terleka maksud saya melambatkan solat dan lain-lainna. 

Friday, 20 May 2011

Hasilnyaa...

Assalamualaikum...

Saya ada membaca suratkhabar dan membaca tajuk besar tentang pelaburan besar antara Malaysia denga luar negara. Ada yang menawarkan sehingga 6 billion. Saya tidak tahu benar tentang perkara yang melibatkan politik, ekonomi dan kewangan. Tetapi, saya mula rasa risau tentang pelaburan tersebut. Saya takut jikalau ada unsur-unsur haram. Dan, apabila Malaysia mendapat hasilnya, saya takut saya makan hasil yang haram. Saya tidak tahu tentang pelaburan tetapi saya cuma takut jika hasilnya haram tanpa kita sedari. Lihatlah, keuntungan Malaysia datangnya daripada penjualan rokok. Peratusnya lebih daripada yang lain. Rokok sebenarnya dan sepatutnya haram kerana mengikut dalam hukum Islam, benda yang memudaratkan adalah diharamkan. Jadi, tidakkah rokok itu memudaratkan kesihatan. Jadi, benda tersebut diharamkan. Ada juga rakan saya berpendapat, kita terpaksalah makan hasil haram, nak buat macam mana kan. Macam mana nak halangnya, tiada daya.  Saya pun kadangkala rasa bersalah hendak guna hasil Malaysia tetapi jikalau keadaan sudah mendesak, hendak buat macam mana. Terpaksalah kita mengharunginya. 

Saya juga ada dengar beberapa orang yang lebih baik akalnya berkata, patutlah orang sekarang makin degil, rupa-rupanya makan hasil haram. Bukankah benar, jikalau kita makan hasil haram dan hasil itu mengalir ke dalam darah daging kita, boleh jadi seseorang itu menjadi degil kerana hasil haram yang mengalir dalam darah dagingnya. Tidakkah benar kenyataan ini? Orang yang sudah lama makan asam garam pasti sangat pakar soal ini. Jadi, kita yang masih muda-muda ni memang patut dengar apa yang dinasihatkan oleh orang golongan tua. Kadang-kadang, nasihat mereka memang dianggap biasa oleh sesetengah orang muda tetapi sebenarnya apabila kita mendalami lebih mendalam maksudnya yang tersirat, pasti orang muda akan merasa kagum dengan kebijaksanaan orang tua. Oleh itu, ada baiknya kita mendengar nasihat orang tua. Memang kadangkala akan membuatkan sesetengah orang muda sengsara pada waktu mulanya, tetapi sudah lama-lama, mesti orang muda akan merasa bertuah kerana mendapat nasihat tersebut. Percayalah cakap saya. 

Wednesday, 18 May 2011

Best Sibling, Best Experience

Assalamualaikum


Seringkali kita dengar tentang adik-beradik yang berniat ingin putus saudara. Janganlah anda sesekali meminta sebegini kerana ia menimbulkan kemurkaan Allah SWT. Ada juga adik-beradik tidak bertegur sapa langsung mungkin disebabkan dengki atau terasa hati. Saya ada cerita yang membuatkan saya mengkaji semula di mana hikmahnya. 


Shima adalah anak bongsu dan mempunyai dua orang kakak. Kakak pertama yang dipanggil kaklong bernama Zirah dan kakngah bernama Shira. Pada suatu tengah hari, Zirah yang berumur 26 manakala Shima berumur 21 tahun sibuk bergurau. Shima pula hanya menjeling kerana diorang sahaja yang bising dalam rumah itu. Shima mula rasa tersisih sebab tak ajak gurau sekali. Mak ayah mereka pula sedang berbual bersama di pondok luar rumah. Tetiba, jadi senyap. Shima buat endah tak endah.
Esok, Shima pelik kenapa kakngahnya tidak bertegur sapa dengan kaklongnya. Selalunya kaklong yang akan menghantar kakngah bekerja tetapi hari ni naik bas pula. Barulah Shima tahu apabila pada waktu petang, kaklong mengadu dan merungut dengan sikap kakngah yang semakin kasar. Shima terdengar bahawa kaklong ada tercakap benda yang membuatkan kakngah terasa hati. Kaklong pula tidak sedar kata-katanya membuatkan kakngah terasa. Kaklong beritahu emaknya bahawa kaklong hanya kata tolong bayar upah setiap hari hantar kakngah kerja. Kaklong sedang mencari kerja sebenarnya, jadi sebelum dapat kerja, dia hanya tolong hantar emak dan kakngah pergi kerja. Tak sangka pula kakngah terasa dengan kata2nya itu padahal main-main sahaja.
Sehingga hari ni tidak bertegur sapa. Kakngah tidak pun menegur ibu bapanya kecuali kalau hendak kata hal penting. Hanya Shima sahaja yang dapat bercakap dengan kakngah. Yang lain, kakngah tak endah. 


Saya ada merenung sekejap.Sebenarnya Shima dalam cerita di atas inginkan perhatian kaklongnya tetapi kaklongnya hanya menumpu pada kakngah sahaja. Minda negatif Shima ada berkata semoga mereka tak yah cakap lagi dan Shima menyesal terluahkan kata2 itu di dalam otaknya. 


Sebenarnya macam ni, mungkin ditakdirkan jadi begini kerana mungkin Tuhan nak Shima dapat kasih sayang dari kakak2nya tanpa berbelah bahagi. Akhirnya Shima dapat perhatian kaklongnya apabila kaklong sudah tidak bertegur sapa dengan kakngah. Shima juga dapat layanan daripada kakngah. Cuba kalau kakngah dan kaklong berterusan hubungan, pasti Shima tidak akan dapat perhatian dan sokongan daripada mereka. Jadi, mungkin Tuhan bagi peluang kepada Shima untuk merasakan perhatian. 


Sekian, Assalamualaikum... 

Tuesday, 17 May 2011

Kurniaan Tuhan

Assalamualaikum


Kurniaan Allah kepada kita yang besar sekali adalah mata, akal, telinga dan hati. Apakah fungsinya? Umumnya, kurniaan Tuhan ini adalah digunakan untuk melakukan kebaikan. Tetapi, adakah kita masih menggunakan nikmat ini dengan baik? Menurut ayat 179, Surah A'raf, maksudnya :


" Dan sesungguhnya Kami jadikan mereka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."


Jadi, pembunuh pun orang menggelar mereka binatang. Tetapi, jikalau kita seperti sikap di dalam ayat di atas, kita tidak pula membunuh, kita juga tetap seperti binatang. Ramai orang yang tidak menyedari dengan kesilapan mereka ini. Saya juga tidak terkecuali kerana saya juga insan dan hamba yang lemah. 


Kesilapan sebegini sentiasa berlaku. Kita melihat sesuatu yang diharamkan, kita sudah pun digelar sebagai binatang ternakan tetapi jikalau kita memohon keampunan kepada Allah SWT, nescaya, kuranglah dosa kita. Insya-Allah. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Apabila kita melakukan kesalahan, cepat-cepatlah beristighfar. Janganlah membiarkan timbangan dosa semakin memberat. Janganlah kita berputus asa untuk membuat kebaikan walaupun kita insan yang tidak sempurna. Memang setiap insan tidak sempurna tetapi cubalah untuk mengamalkan sifat mahmudah. Hiasilah peribadi diri anda dengan keimana yang menyinar. 


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum... 

Remind Me

Assalamualaikum


Kenapa perempuan sanggup buat apa sahaja untuk kaum Adam? Saya tahu saya tak pernah merasai cinta tetapi kenapa perempuan tidak boleh mengawal nafsu dan perasaan mereka? Apa yang lelaki suruh semua perempuan turuti. Kalau mereka dah kahwin, dah sah, tidak mengapa tetapi, sebelum kahwin lagi, apa sahaja sanggup dibuatnya. Saya pernah lihat kawan saya asyik bukak YouTube pakwe makwe bergaduh sahaja. Apa nak jadi ni?
Kenapa perempuan sanggup gadaikan maruah demi lelaki? Kenapa tinggi sangat pengorbanan cinta itu? Banyak betul tanda soal. Bukannya saya dapat jawab. Ingatlah wahai perempuan, jagalah peribadi dirimu. Janganlah cuba untuk menjatuhkan maruah diri sendiri. Selepas melakukan kesalahan, pandai pula menyalahkan diri sendiri. Ya, kita memang patut menempelak diri sendiri jika melakukan kesalahan yang menimbulkan kemurkaan Allah SWT. 
Saya tahu perempuan mempunyai 9 nafsu 1 akal. Dan lelaki sebalik pula. Sepatutnya lelaki lebih perlu banyak berfikir. Lelaki yang bijak sentiasa tahu untuk mengetahui sesuatu masalah. Kita sesama umat Islam perlu mengingati antara satu sama lain. Bukannya menyalahkan antara satu sama lain. 
Contohnya, dulu, Farida seorang yang alim dan selalu menasihati kawannya terutamanya Liza yang selalu berkelakuan liar. Tiba-tiba, sudah bertahun-tahu, Farida pula bertukar perangai dan Liza fikir, "dulu beria-ria nasihatkan aku padahal dia yang overlimit, dia yang lebih,".. Jangan ikut perangai macam ni. Liza sepatutnya kena ingatkan balik dan beri nasihat yang baik kepada Farida. 
Jadi kita sepatutnya mengingatkan antara satu sama lain. Janganlah menyalahkan orang lain. Kita perlu selalu mengamalkan sikap mahmudah, BUKAN mazmumah. Jadi, bersikap positiflah. 


Sampai disini sahaja catatan saya.. Assalamualaikum... 

Sunday, 15 May 2011

Aurat

Assalamualaikum

Dalam membicarakan aurat, memang memerlukan banyak pengetahuan. Dari mata kasar, saya lihat ramai artis mengatakan kenyataan yang lain tentang aurat. Apabila ditanya, "bila hendak tutup aurat?" Ada sesetengah artis itu menjawab, "belum sampai seru lagi," Kenapa artis membuat kenyataan begini? Sudahlah Islam, tidak pula berfikir sebelum memberi jawapan. Saya pada mulanya tidak kisah. Tetapi, tetiba saya terfikir sejenak. Mengapa artis membuat kenyataan begitu? 

Artis tidak perlu berkata begitu kerana seruan untuk menutup aurat sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW (sila jawab) lagi. 

Bagi aurat rambut, kenapa ramai artis yang suka sangat mewarnakan rambut mereka? Adakah mereka tidak bersyukur dengan nikmat semulajadi yang telah diberi oleh-Nya? Bukankah mewarnakan rambut boleh memudaratkan dan memberi kerosakkan pada rambut? Memang ada pewarna rambut yang dihalalkan tetapi mengapa umat Islam hendak mengikut cara Barat yang suka mewarnakan rambut? Mudah benar kita terpedaya. 

Tidakkah kita malu kepada umat yang agama lain terutamanya Barat? Lihatlah, baju Kate Middleton, isteri kepada Putera Willian jikalau tidak silap, lebih sopan baju kahwinnya daripada baju artis zaman sekarang. Artis zaman sekarang juga suka mengenakan barang yang mahal apabila melakukan sesuatu perkara padahal barang yang mahal itu semuanya datang daripada Barat. Kate Middleton juga walaupun bakal permaisuri, dia tetap memakai wangian yang murah yang hanya berharga RM300 sahaja. Jenamanya tidak diketahui. Saya bukan hendak melebih-lebihkan yang Barat tetapi carilah yang positif. Janganlah ambil yang negatif untuk kepuasan diri sendiri. Ambillah positf untuk membawa kita ke jalan yang benar. Jagalah diri, hiasa peribadi. 

Blogger Baru

Assalamualaikum...

Saya adalah seorang pemblogger baru. Hari ini adalah 15 Mei 2011, tarikh yang saya baru membuat blogger. Mungkin susah untuk mencari followers sekarang. Tetapi, tidak mengapa. Ramai lagi yang senasib dengan saya. Untunglah bagi mereka yang telah mendapat beribu-ribu followers. 

Jadi, selamat datang kepada diri sendiri dan juga anda yang sudi membaca entry saya.