Assalamualaikum...
Pelbagai saat yang telah kita lalui bersama-sama orang yang tersayang. Saya mahu memberi pendapat tentang zaman sekarang. Kenapa bangsa kita mudah sangat menganiayai, teraniaya dan dianiaya? Kenapa boleh berlaku sebegini? Lihatlah, ramai sudah menjadi mangsa penipuan dan ramai yang sudah terpedaya. Adakah rakyat kita sudah tidak mementingkan lagi sikap mengambil berat, prihatin dan bertanggungjawab? Apa tidaknya, apabila sesetengah orang itu menghadapi masalah, orang itu akan dibiarkan begitu sahaja tanpa mendapat jawapan penyelesaian yang betul. Apabila sudah dikhabarkan melalui media, barulah hendak bertindak, setelah itu merungut.
Saya mahu memberi pendapat. Adakah rakyat Malaysia materialistik? Adakah rakyat Malaysia lebih menitikberatkan keuntungan daripada kebajikan orang lain? Apa tidaknya, ada sesetengah golongan membuat kerja atau membantu orang semata-mata untuk mendapatkan keuntungan, bukan untuk menyelamatkan orang. Tambahan pula, rakyat sanggup menggadaikan khazanah bumi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, tempat yang dibanjiri dengan pelbagai jenis pokok akhirnya ditebang semata-mata untuk membina bangunan kerana bagi mereka tempat itu komersial. Selepas terbinanya bangunan itu, sudahnya tiada siapa yang mahu menduduki bangunan itu kerana sudah terlampau banyak bangunan. Soalnya, tidakkah terasa rugi kerana membazirkan khazanah sendiri yang patut menjadi tontonan orang ramai.
Contohnya, penjara Puduraya. Saya paling menentang sekeras-kerasnya pihak berkuasa yang ingin meruntuhkan bangunan tersebut. Mereka meruntuhkannya untuk memberi laluan kepada pembinaan yang lebih komersial lagi. Penjara Puduraya itu sepatutnya menjadi kebanggaan kita. Tetapi, dimusnahkan. Saya merasa amat rugi kerana, saya pernah terfikir, jikalau bangunan itu terus utuh berdiri tegak, pasti negara luar akan memandang tinggi kepada kita. Mesti mereka akan katakan, "walaupun ia sesuatu yang pelik, tetapi, ia tetap mengagumkan, rakyat Malaysia memang rakyat yang kreatif,". Kasihan penjara itu. Diruntuhkan semata-mata untuk tujuan komersial. Saya tidak kisah pun.
No comments:
Post a Comment