Wednesday, 1 June 2011

Malas vs Rajin

Assalamualaikum ...


Hari ini saya akan berkongsi beberapa tips dengan anda mengenai bagaimana hendak mengelakkan sikap pemalas ini. Memang kamu semua anggap biasa, tips yang sudah biasa didengari tetapi sangat senangkah anda hendak melakukannya.


Antara tips2 nye adalah seperti berikut:


1. Jikalau anda ingin bersolat dan berniat untuk bersolat, pada waktu itu jugalah anda perlu melakukannya. Anda tidak boleh melewatkan niat anda. Sebabnya ialah, apabila terlewat sikit, anda sudah liat untuk melakukannya. Contohnya. Azan Maghrib sudah masuk. Ida sengaja melambatkan waktu solatnya dan dia terus berbaring. Tiba-tiba, tergerak hatinya untuk menunaikan solat Maghrib, maka terniatlah untuk melakukan solat Maghrib. Waktu anda terniat itu, anda perlu cepat-cepat bangun daripada pembaringan dan terus ambil wuduk. Jikalau anda lambat hendak bangun, serta-merta, niat kita tadi makin lama makin hilang. Semangat akan datang apabila kita terniat, tetapi apabila sudah terbiar lama niat itu, semangat untuk melakukan solat makin pudar.


2. Mengingati pesanan yang penting, pesanan yang membawa kebaikan. Mengingati pesanan itu apabila kita sedang duduk atau memikirkan sesuatu. Contohnya, Aida seorang yang cukup pemalas untuk melakukan kerja rumah. Suatu hari, ibunya menyuruhnya untuk menyapu rumah. AIda liat untuk membuatnya. Selepas dia duduk seketika, dia teringatkan suratkhabar yang dia baca semalam yang menyatakan bahawa menyapu rumah sambil berzikir akan menjadi ahli syurga. Jadi, pesanan itu telah mendorong Aida melakukan kerja rumah. Sesuatu pesanan itu akan memberi semangat kepada seseorang untuk terus melakukan sesuatu kerja. 


3. Kenapa apabila cikgu menyuruh kita membuatkan kerja sekolah , kita berasa rajin hendak buatnya? Kenapa apabila ibu bapa kita menyuruh kita membuat kerja rumah (bersihkan rumah dan sebagainya), kita sengaja melambatkannya sehinggakan kena marah? Jikalau kena marah pun, macam tiada iktibar untuk dirinya. Jikalau cikgu marah pula, kita berazam tidak mahu buat lagi. Ini kerana, jikalau ibu bapa kita suruh membuat sesuatu, kita seperti tidak takut akan arahan ibu bapa kita itu kerana kita merasakan kita sudah kenal banyak dengan ibu bapa kita. Jikalau guru pula, kita sangat bersungguh-sungguh mematuhi arahannya. Kita kena seimbangkan, kita kena jadi rajin apabila berhadapan kedua-dua orang penting di atas. Janganlah perintah cikgu beria-ria kita turuti, perintah ibu bapa, kita buat tidak tahu sahaja. 


Berikutan no 3 di atas, samalah seperti situasi yang berlaku sekarang. Anak-anak lebih mementingkan orang luar daripada ibu bapa@keluarga sendiri. Anak-anak lebih suka berlembut dengan orang luar berbanding keluarga kita sendiri. Ini kerana, anak-anak bagaikan sudah bosan mengenali keluarga sendiri, jadi mereka hendak teroka dan mengenali pula bagaimana jenis orang luar. Contohnya, apabila berhadapan dengan ibu bapa, cakap dengan kasar dan suara meninggi. Apabila berhadapan dengan kekasih, walau dalam keadaan perasaan mana sekalipun tetap akan bercakap lembut. Apa tidaknya, perasaan tengah bengang dan dia melepaskannya kepada keluarganya pula, dan apabila dengan kekasihnya, suaranya agak lunak sekali. Semua masalah, semuanya hendak dikongsikan dengan kekasih yang dianggap boleh dipercayai. Percayalah, keluarga terutamanya ibu bapa lebih banyak mempunyai kata-kata untuk anda. Anda akan bersyukur nanti kerana mempuyai ibu bapa seperti itu. 


Memang remaja sekarang menganggap kata-kata ibu bapa seperti tidak memahami masalah mereka. Tetapi, apabila sudah lama-lama, pasti remaja akan bersyukur mempunyai ibu bapa begitu. Jikalau anda meminta pendapat kekasih, sang kekasih hanya beri jawapan yang terus kepada penyelesaian masalah sahaja. Tetapi, jikalau ibu bapa, mereka bijak berfikir, jadi mereka hanya memberi kata-kata yang akan membuatkan anak-anak akan lebih fikir mendalam mengenainya. Ibu bapa mahu anak-anaknya berfikir sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Apabila anda mendapat jawapannya, anda akan berterima kasih kepada ibu bapa anda. Ibu bapalah yang banyak pengalaman dalam hidup, jadi mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa jugalah yang akan membuatkan anda lebih berfikiran matang. Sekian.

No comments:

Post a Comment