Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini, banyak kejadian yang berlaku. Hari ini, saya mahu memperkatakan mengenai hubungan umat Islam. Mengapakah sejak kebelakangan ini, banyak kejadian perbalahan dan persengketaan yang melibatkan umat Islam? Tidakkah mereka terfikir akan risikonya nanti?
Pelbagai sebab mengapa umat Islam bergaduh sesama sendiri. Sebab yang paling utama adalah mereka bergaduh kerana hendak merebut kuasa dan harta dunia. Kebanyakkannya ada kaitan dengan dua perkara ini. Mereka, sesama umat Islam sanggup membuat sesuatu perkara yang tidak disangka-sangkakan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka. Contohnya, Syarikat A berasa iri hati dengan kejayaan Syarikat B yang lebih banyak mendapat perhatian dunia. Lalu, orang atasan Syarikat A yang beragama Islam membuat perkara yang melanggar hukum syariah seperti mengupah seseorang untuk membunuh ataupun yang lebih tepat menggunakan khidmat bomoh supaya Syarikat B tadi jatuh maruahnya. Inilah kejadian yang selalu melanda umat Islam. Hasad dengki dan iri hati tidak pernah terasing daripada diri. Sifat ini memang sudah sebati dalam diri mereka yang masih tidak sedarkan diri.
Perbalahan boleh diselesaikan dengan cara baik. Janganlah kita menggunakan kekerasan. Kita sebagai umat Islam sepatutnya menggunakan akal yang waras untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dalam keadaan apa jua sekalipun, kita perlu berfikir panjang. Fikirlah, apa yang akan dihadapi selepas ini dan fikirkan adakah itu jalan terbaik untuk kita selesaikan masalah. Syaitan akan sentiasa mengganggu keturunan Nabi Adam. Kita perlulah kawal nafsu kita dan janganlah tergoda dengan bisikan syaitan. Janganlah lupa untuk menunaikan solat wajib dan melakukan amal kebajikan. Jikalau umat Islam pandai menjaga perilaku dan akhlak, perbalahan atau apa jua yang negatif tidak akan berlaku. Ini kerana, apabila kita sentiasa cuba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, kita pasti akan rasa dilindungi. Allah takkan membiarkan orang beriman pergi ke jalan yang sesat. Allah akan sentiasa melindungi mereka daripada melakukan perkara negatif.
Sedarlah, tiada apa yang akan kita dapat daripada perbalahan sesama umat Islam. Bagi mereka yang jauh daripada Allah, pasti mereka akan mendapat kepuasan kerana telah menyakita umat Islam yang lain. Eloklah sesuatu perkara itu dibawa berbincang dan lakukanlah dengan tenang. Contohi sifat Rasulullah SAW yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Ambillah iktibar daripada kisah-kisah dahulu. Janganlah apabila kita sudah ditimpa masalah, barulah hendak insaf.
Tambahlah positif, tolaklah negatif. Setiap kebaikan datangnya daripada Allah SWT dan setiap kekurangan itu datangnya daripada saya.
Sekian, Assalamualaikum..

No comments:
Post a Comment