Tuesday, 17 May 2011

Kurniaan Tuhan

Assalamualaikum


Kurniaan Allah kepada kita yang besar sekali adalah mata, akal, telinga dan hati. Apakah fungsinya? Umumnya, kurniaan Tuhan ini adalah digunakan untuk melakukan kebaikan. Tetapi, adakah kita masih menggunakan nikmat ini dengan baik? Menurut ayat 179, Surah A'raf, maksudnya :


" Dan sesungguhnya Kami jadikan mereka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."


Jadi, pembunuh pun orang menggelar mereka binatang. Tetapi, jikalau kita seperti sikap di dalam ayat di atas, kita tidak pula membunuh, kita juga tetap seperti binatang. Ramai orang yang tidak menyedari dengan kesilapan mereka ini. Saya juga tidak terkecuali kerana saya juga insan dan hamba yang lemah. 


Kesilapan sebegini sentiasa berlaku. Kita melihat sesuatu yang diharamkan, kita sudah pun digelar sebagai binatang ternakan tetapi jikalau kita memohon keampunan kepada Allah SWT, nescaya, kuranglah dosa kita. Insya-Allah. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Apabila kita melakukan kesalahan, cepat-cepatlah beristighfar. Janganlah membiarkan timbangan dosa semakin memberat. Janganlah kita berputus asa untuk membuat kebaikan walaupun kita insan yang tidak sempurna. Memang setiap insan tidak sempurna tetapi cubalah untuk mengamalkan sifat mahmudah. Hiasilah peribadi diri anda dengan keimana yang menyinar. 


Setakat ini sahaja. Assalamualaikum... 

No comments:

Post a Comment