Wednesday, 25 May 2011

Semangatlah semuanya!!

Assalamualaikum...


Sekarang, pelbagai hal telah berlaku. Yang terbaru, pembunuhan Osama Laden telah membuatkan si Amerika bersorak gembira kerana militan dan pengganas dunia yang dikehendaki itu telah pun dibunuh. Ekoran daripada ini, janganlah umat Islam cepat berputus asa dengan mengatakan bahawa umat Islam sudah tiada harapan lagi. Jangan sesekali kata begitu. Jika kita bersama-sama bangkit menentang mereka, pasti umat Islam akan berjaya dan bayangkan akan adanya sesetengah dunia mengkagumi semangat umat Islam. Maka pasti itu, pasti rama yang akan mengikut jejak Islam. Jadi, bangkitlah semua untuk menentang perkara yang boleh menyesatkan kita. Jikalau kita semakin bersemangat dalam berjihad, pasti Allah akan membantu kita. Jikalau kita dilanda kesusahan, itu hanyalah cabaran untuk kita, Wahai umat Islam, bukan dunia yang penting untuk kita sebagai umat Islam. Kita hanya perlu memikirkan tentang alam akhirat. Saya maksudkan seimbangkan perkara antara duniawi dengan akhirawi. Janganlah kita asyik terleka dengan duniawi, kelak kita akan tersesat ke lorong yang gelap. 


Wahai umat Islam, janganlah kamu cepat berputus asa apabila menerima tentangan daripada orang ramai. Anggaplah itu sebagai cabaran hidup. Ingatlah bagaimana Rasulullah SAW boleh bersabar dengan kerenah kaumnya yang tidak mahu mengikut petunjuknya. Kita perlu bersabar dan tabah. Memang kita semua tidak sekuat seperti Rasulullah SAW and Nabi yang Ulul Azmi yang lain, tetapi kita bangkitkan semangat kita sendiri. Janganlah asyik merungut dengan apa yang kita terima. Kita perlu bertawakal kepada-Nya. Wahai para remaja, baliklah ke tempat asalmu. Pulanglah ke pangkal jalan. Jikalau kamu mahu Allah mengubahkan kamu sendiri, sesungguhnya, Allah tak akan mengubah seseorang itu apabila seseorang itu mengubah dirinya sendiri dahulu. 


Wahai para remaja, mengapakah kamu semua tidak mahu pulang ke pangkal jalan? Apakah yang membuatkan kamu keliru tentang Islam? Berusahalah untuk mempelajarinya dan cubalah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat, kelak kamu akan lebih selamat di akhirat. Janganlah kamu mengikut cara kawan kamu yang suka menafikan kebenaran ilmu terutamanya Al-Quran. Sedarlah, kamu bukan kawan kamu. Kamu hanyalah diri kamu sendiri. Kemahiran bukannya datang daripada kawan kamu, tetapi kamu sendiri. Kamu yang perlu tentukan hidup kamu sendiri. Bukan kawan kamu. Saya berkata tentang kawan kerana banyak kejadian berlaku disebabkan pengaruh kawan. 


Tahukah kamu, tidakkah dapat kamu bayangkan, semasa di Padang Mahsyar nanti, matahari sejengkal di atas kepala kamu. Berjuta-juta orang akan disoalkan Allah SWT. Ramai orang yang menunggu akan berasa terseksa. Mana tidaknya, Allah menyoal daripada orang yang mula-mula hidup dahulu. Bagi orang-orang yang beriman, mereka akan berasa tenang walaupun matahari sejengkal daripada kepala. Manakala, bagi mereka yang mengingkari perintah Allah semasa kehidupan di dunianya, mereka akan merasa tidak selesa dan merasa sangat panas.


Oleh itu, pulanglah ke pangkal  jalan. Bangkitlah wahai Umat Islam menentang mereka yang menafikan kebenaran. 

No comments:

Post a Comment